Friday, 17 July 2020

NURUL SHUHAIRA BINTI ISMAIL
D20191089017

1.3 MOTIVASI 

Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Motivasi juga merujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia (Wolfolk, 1990). Motivasi boleh didefinisikan kepada pelajar-pelajar akan bersemangat dalam mempelajari ilmu pengetahuan sekiranya guru-guru sentiasa memberikan motivasi secara berterusan. Sesi motivasi yang dilakukan boleh diadakan melalui program ceramah bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar secara berterusan dan mendorong pelajar untuk mencapai matlamat guru. Oleh itu, bantuan daripada guru akan menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.

Motivasi pelajar ini dibahagikan kepada dua teknik iaitu teknik intrinsik dan ekstrinsik. Teknik intrinsik ialah teknik dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang murid untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. Teknik ini juga berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran dan dapat dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966). Sebagai contoh, bermain piano atau menggubah lirik lagu. Hal ini dapat membuktikan bahawa seseorang yang pandai bermain piano ini lahir dalam diri mereka yang secara semulajadi dan boleh dipelajari dengan lebih baik oleh guru-guru yang cekap. Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran. Sebagai contoh, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik. Manakala, teknik ekstrinsik ialah diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Biasanya motivasi ekstrinsik adalah datang kerana ganjaran seperti wang dan gred atau ancaman hukuman. Pertandingan juga menggalakkan motivasi ekstrinsik merana ia mengarahkan pelaku untuk menang dan mengalahkan orang lain.  Sorakan, pujian dan kata-kata semangat dari orang lain adalah faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik sesuai diterapkan dalam kalangan kanak-kanak yang belum mampu membuat perbandingan kesan baik dan buruk sesuatu perlakuan atau tindakan.

Rujukan : http://kolaborasi-ilmu.blogspot.com/2012/11/motivasi-intrinsik-dan-ekstrinsik.html 

NURUL SHUHAIRA BINTI ISMAIL D20191089017 1.3 MOTIVASI  Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah me...